Sabtu, 5 April 2014

SUNAN, NANGGROE SANG KEMBARA - Ramlee Awang Murshid


Barangkali Saifudin aka Laksamana Sunan boleh dikatakan watak novel Melayu yang kerap sekali muncul dalam siri-siri novel. Walaupun tidak boleh mengalahkan watak Wak Dojer, watak komik yang popular sekitar tahun 80an, dari segi kerap kemunculan, watak lelaki yang digambarkan sebagai seorang yang salih serta pendekar tersebut telah secara tidak rasmi menjadi satu ikon atau paling tidak adiwira dalam penulisan Ramlee Awang Murshid yang kemunculannya sering ditunggu serta ditagih oleh para peminat tegarnya. Bermula dengan novel Bagaikan Puteri, watak berkenaan seterusnya muncul dalam Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi, Sutera Bidadari dan Sunan Musafir, kini ia muncul dalam Sunan, Nanggroe Sang Kembara.

Secara peribadi, di antara kesemua siri tersebut, hamba lebih menggemari siri pertamanya iaitu Bagaikan Puteri. Novel-novel selepasnya hamba rasa tidak dapat melawan Bagaikan Puteri. Ia seperti juga mana-mana filem bersiri Hollywood, biasanya yang pertama adalah lebih bagus daripada siri-siri yang seterusnya. Ambil saja sebagai contoh siri filem Kick Boxer yang kali pertamanya dilakonkan oleh Jean Claude Van Damme. Filem tersebut ketika itu nyata mendapat sambutan terutamanya daripada peminat seni bela diri. Namun filem seterusnya sudah kurang umphh, mungkin kerana heronya sudah berubah walaupun watak crooknya – Tong Po (Muhammad Qissi / Michael Qissi) tetap pelakon yang sama. (Hamba baru sahaja tahu bahawa watak Tong Po berkenaan dilakonkan oleh seorang lelaki Arab dari Maghribi. Dulu hamba sangka watak Tong Po memang dilakonkan oleh lelaki Thai). Mungkin kerana pengarah/penulis atau sesiapa sahaja yang mempunyai bahan bersiri ini seolah-olah memaksa otak mereka untuk bekerja agar idea yang ada berkesinambungan dengan siri yang pertama walaupun kadangkala ia seperti tidak ‘masyuk’ antara satu sama lain.



Novel Sunan, Nanggroe Sang Kembara hakikatnya bukanlah satu sambungan kepada novel-novel di atas. Ia umpama satu permulaan atau prologue atau sepertimana filem Star Wars, setelah melalui beberapa siri, pengarahnya akhirnya mengeluarkan satu prequel iaitu Star Wars Episode 1. Begitulah juga halnya dengan novel ini. Ia seolah ingin memberikan gambaran tentang asal usul watak Laksamana Sunan ini.

Sebenarnya asal usul Laksamana Sunan secara tidak lansung telahpun disebutkan dalam beberapa novel di atas sebelum ini. Justeru novel ini seolah memperincikan lagi kisah berkenaan. Kerana itu kadangkala ketika membaca novel ini hamba berasa seolah tiada yang baru kerana kebanyakannya telah disebut secara tidak lansung lewat karya-karya terdahulu. Tentunya penulis terpaksa memerah otak untuk menulis novel ini agar tidak lari daripada penceritaan asal serta memastikannya tidak bercanggah dengan mana-mana kisah yang pernah ditampilkan. Sememangnya ini satu cabaran yang besar buat saudara Ramlee di dalam menghilangkan rasa dahaga para peminatnya serta memenuhi kehendak peminat yang cerewet seperti hamba ini.

Bermula dari detik kelahirannya di Punggor, zaman kanak-kanak dan meningkat remaja, sehinggalah beliau difitnah yang membawa kepada penghijrahan keluarnya dari Punggor. Cuma hamba tidak pasti kenapa Saifudin lansung tidak menceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku sewaktu beliau dihadapkan ke Penghulu, yang juga merupakan bapanya, sedangkan hamba tidak melihat apa-apa yang menghalangnya. Yang selalu disebutkan adalah betapa kesalnya Saifudin dengan tindakan bapa yang menghukumnya serta ungkapan ‘lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum’ yang ketika diucapkan membayangkan peletakan kesalahan kepada bapanya yang menghukum tanpa diadakan siasatan yang teliti. Benar, bapa beliau tidak menyiasat dengan teliti, tetapi salah Saifudin juga yang berat mulut untuk berbicara.

Saifudin yang keluar lari dari rumah menuju ke Melaka akhirnya ditangkap lanun darat dan dijual kepada pedagang. Begitulah seterusnya sehingga beliau dibebaskan ke tanah Aceh dan dapat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Selepas itu berlakukalah pula konflik beliau dengan beberapa watak lain seperti Djailuh dan Sadik, Ratna aka Ratu Sulaman serta Engku Aminah.

Sekiranya dalam novel yang lalu watak Djailuh dan Sadik dilihat sebagai peneman rapat Saifudin, dalam novel ini Ramlee agak bijak apabila memaparkan watak berdua ini pada asalnya ‘tidak sebulu’ dengan Saifudin serta selalu cuba untuk mempermainkannya. Sewajarnya dengan adanya watak yang bercanggah ini Ramlee dapat lebih banyak memaparkan konflik antara keduanya seterusnya membawa pembaca untuk berfikir sekiranya mereka berada di tempat Saifudin apakah caranya untuk melenyapkan keangkuhan Djailuh dan Sadik ini.

Dalam novel ini juga Saifudin dan Ratu Sulaman telahpun ‘berkenalan’ sesama mereka. Namun dalam novel sebelumnya tiada tanda-tanda bahawa mereka pernah kenal sebelum usia dewasa mereka. Begitu juga dengan watak Luna, walaupun Saifudin masih belum mengenalinya dalam novel ini, dalam novel yang lalu tidak pernah pula dinyatakan bahawa satu ketika Saifudin pernah teringat bahawa di zaman kanak-kanak dan remajanya beliau teringat pernah melihat ‘sesuatu’ yang boleh terbang serta dianggap mengganggu serta menakutkannya. Namun hamba tidak salahkan Ramlee kerana memang susah hendak terikat dengan novel yang lalu. Kadangkala peraturan juga perlu dilanggar untuk memastikan novel ini berjaya menarik peminat pembaca.

Cuma satu yang hamba perasan dalam novel ini dan novel-novel yang terdahulu, Ramlee menggunakan perkataan ‘beriktikad’ untuk sesuatu yang bermaksud berdiam di suatu duduk di masjid dalam rangka ibadah. Perkataan yang sebetulnya adalah beriktiqaf. Ini kerana beriktikad bererti kepercayaan dan keyakinan. Penggunaan perkataan demikian dapat dikesan pada beberapa tempat dalam buku ini seperti di mukasurat 233, ‘SAIFUDIN beriktikad di musollah ini. Mengisi masa terluang dengan mengaji kitab suci al-Quran.’ Hamba tidak pasti adakah Ramlee sengaja menulisnya sedemikian. Ini kerana dari segi bahasa Arabnya kedua perkataan ini berlainan dari segi maknanya. Dan seingat hamba ketika belajar bahasa ini sehingga ke Maghribi dulupun ini jualah maknanya. Begitu juga beberapa perkataan bahasa Arab yang lain seperti musollah yang setepatnya dieja musolla kerana dalam teks bahasa Arabnya perkataan tersebut tidak diakhiri dengan ta’ marbuthah (ta simpul) tetapi dengan alif maqsurah (huruf ya tanpa titik). Hamba juga melihat penggunaan perkatan hatta yang tidak berapa kena pada penggunaannya kerana ia juga perkataan Arab yang bermakna sehingga/hinggakan. Walaupun ada kamus Melayu yang memberikan ia erti – sudah itu/lalu/maka…. dan sebagainya, hamba lebih gemar sekiranya konteks penggunaan serta makna dalam bahasa asalnya masih dikekalkan.

Sesuatu yang menghampakan peminat di akhir mukasurat novel ini adalah apabila bertemu dengan perkataan ‘bersambung’. Ia sesungguhnya menyakitkan hati hamba kerana terpaksa menunggu untuk satu tempoh yang lama sebelum mengetahui kesudahannya. Dalam novel-novel Ramlee sebelum ini, setiap kisah ada penghujungnya  di dalam novel-novel tersebut walaupun pembaca tahu Ramlee berhasrat untuk menyambung kisahnya. Namun kali ini kisahnya betul-betul tergantung dan tidak berkesudahan. Kerana itu juga dalam bicara akhir Ramlee kepada wartawan tidak dinyatakan tentang projek novel akan datang Ramlee seperti lazim beliau dalam setiap akhir karyanya. Sudah tentu ketika novel baru keluar nanti novel yang sekarang ini telahpun pudar kisahnya dalam memori orang tua seperti hamba ini.


Jadi sekiranya anda mahu benar-benar puas membacanya, belilah novel ini bersekali dengan sambungannya nanti!!

Kredit buat www.budakhutan.com




27 ulasan:

  1. Memang agak tension jugakla bila buka2 muka surat akhir tu dia tulis "Bersambung"!
    Sampai bila kita harus menunggu? T^T

    BalasPadam
  2. Sy stuju yg crita RAM kali ni betul2 tergantung dn diakhiri dgn bersmbung. Agk frust tp cuba utk sabar mnanti ksinambungnnya. Mngharapkan smbungannya tdk terlalu membelitkan otak dgn pncritaannya dan ceritanya lebih logik di akal fikiran huhu. Kerana setiap kali akal sy mngatakan tak logik, RAM terlebih dhulu mngatakan tiada yang mustahil bg Allah. Benar sehingga otak rasa tebejat hndk pkirkan lg. RAM terlalu bijak bermain kata2 :) mungkin juga terlalu bijak bermain muslihat hahaha. Apa2 pun sy still sokong RAM (salute mati-matian haha) sbb sy suka karyanya yang mmbuatkan sy berfikir jauh. Tahniah bt RAM (Y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma satu saja, apakah kisah kali ini bakal punyai bnyak smbungannya sperti 6-Bagaikn puteri...? Kalau begitu smpai bila ia akn berakhir?

      Padam
    2. nak buat macam mana saudara, RAM buat macam manapun orang mesti tunggu punya....
      soba yolah!!

      Padam
  3. Thriller laksamana sunan boleh di adaptasikan kepada movie cgi..mcm Harry Potter

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? knpa xadaptasi jd movie mcm Merong Mahawangsa? mesti best.. *^_^*

      Padam
    2. kalau made by malaysian film maker better not haha... neither any malaysian film maker can establish the plot of the story nor actor could bringing live the character of sunan

      Padam
  4. Alhamdullilah, siri favourite saya diteruskan lg. thank you, RAM.
    harap2 sambungan Sunan xkeluar masa SPM saya thn dpn. balik hostel, sanggup call mak tlg belikan masa tu jugak..hahaha.
    watak Laksamana Sunan ialah watak yg paling saya suka dlm byk2 novel keluarannya dan teruja gila bila Sang Ratu muncul dlm cerita. xsangka wataknya yg jahat dan kejam boleh berubah menjadi muslimah sejati dan menjadi suri dlm hidup Saifudin. first time baca Bagaikan Puteri masa Form2 dulu, terus jatuh hati dan merayu kat mak nk beli siri2nya yg lain.. nasib baik mak xkesah sbb minat saya yg suka bca dan kumpul novel dan komik sama mcm minat mak saya masa zaman remajanya dulu.. hahaha..

    I will give you a BIG support to you, RAM.
    :) *^_^*

    BalasPadam
  5. Buku apa yg latest dan best ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg latest - MITOS, order di facebook RAMFC sahaja, tiada di kedai. Lihat sini - http://lensahatikenitra.blogspot.com/2014/09/mitos-ramlee-awang-murshid.html Paling latest - RAUDHAH, belum keluar di pasaran, boleh pre order di facebook RAMFC

      Padam
  6. Jwpn knp saifudin x brsuara apabila dri dftnah krna dia cintakn melur. .oleh krna kcewa dgn sikap melur. .dia diamkn shj. .

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Haaa itu kena tanya saudara Ramlee sendiri tu. Sekarang ni agaknya dia sibuk dgn projek membawa Tombiruo ke layar perak..

      Padam
  8. sekrg ni sy dh ada 22 koleksi RAM.. tapi sunan manggroe ni lom ad lg... :(

    BalasPadam
  9. Bila la nk ada smbgn ni lg..x sbr nk tau citer seterusnyerrt

    BalasPadam
  10. As salam..setiap siri SUNAN sy dh baca..tapi CINTA SUFI sy tak berapa gemar..sy baca tak habis pon..

    BalasPadam
  11. assalammualaikum,,,, kenape siri sunan ade sambung sambung agak 2 bile klur sambungan sunan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sambungngannya dah lama terbit, lihat di sini - http://lensahatikenitra.blogspot.my/2015/11/sunan-cinta-nan-sakti-ramlee-awang.html

      Padam
  12. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Bagi sesiapa yang ingin mencari novel siri SUNAN ni saya ada menjualnya;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00

    Boleh lawat saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/
    Pm/Whatsapp 017-2256654 untuk pembelian.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum. Tumpang iklan sekejap ye admin. Saya ada menjual kelapan-lapan siri LAKSAMANA SUNAN;
    1. Bagaikan Puteri, RM 19.90
    2. Cinta Sang ratu, RM 19.90
    3. Hijab Sang Pencinta, RM 19.90
    4. Cinta Sufi, RM 19.90
    5. Sutera Bidadari, RM 22.00
    6. Sunan Musafir, RM 22.00
    7. Sunan, Nanggroe Sang Kembara, RM 23.00
    8. Sunan Cinta Nan Sakti, RM 30.00

    Boleh survey di saya punya pages https://www.facebook.com/KC.ReadOn/photos/?tab=album&album_id=986101984820572
    Jangan malu, Jangan segan. Hanya perlu pm/whatsapp saya di 017-2256654 utk pembelian.
    Terima kasih :)

    BalasPadam
  14. laksamana sunan ni berapa siri yg sebenar?sbb sya pernah mengikuti d awal thun 2004.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hamba sendiri sudah tak ingat berapa siri. dari asalnya cuma trilogi selepas itu berlanjutan kepada beberapa siri lain lagi.

      Padam
  15. memang pengemar karya sunan, ram terlalu pandai bermain kata sehinggakan seperti watak sunan itu benar wujud di alam nyata...
    tak silap dah 8 siri sunan nie...

    BalasPadam
  16. Tk sabar nk tunggu sambungannya...watak dan ceritanya amat didambakan..sunan my hero..😄

    BalasPadam

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...