Selasa, 5 November 2013

BUKAN MANUSIA SAHAJA YANG BOLEH MEMINJAM




Ini papan tanda yang terdapat di sebuah pulau peranginan. Sekilas dibaca dapat difahami bahawa makhluk dari jenis emas dan telefon bimbit juga boleh datang ke kedai ini untuk meminjam wang. Mungkin emas dan telefon bimbit pun kadang-kadang sengkek juga.

Inilah kepelikan dan keajaiban yang ada di negara kita di mana orang yang lahir di sini ada yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik - termasuk dari susunan tatabahasanya. Kadang-kadang sekalipun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara orang putih, tetapi bahasa orang putihnya melebihi mat salleh itu sendiri. Bahkan kalau ada bukan Melayu yang boleh berbahasa Melayu dengan baik pula, orang akan berasa takjub dan berkata, "Fasih betul dia bercakap Melayu"!! Tidak sepatutnya perkataan ini keluar kerana kalau dah menjadi warga Tanah Melayu maka memang semuanya patut mempunyai kebolehan berbahasa.

Tapi hamba cuma warga kerdil yang tidak mempunyai apa-apa kuasa. Hanya di laman ini hamba mampu berbicara. Jikalau tidak apa guna penganjuran bulan bahasa saban tahun, hanya membazir wang dan masa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...