Tuesday, June 17, 2014

PIMP MY RIDE pt.1


Hamba sedang menghala ke masjid bandar Port Dickson sebelum ke Seremban apabila terlihat deretan kereta pelbagai warna beratur cantik di sebuah dataran tepi pantai berhampiran masjid berkenaan. Usai solat hamba menuju ke tempat tadi bagi melihat kenderaan yang dipamerkan. Ada lebih kurang 20 buah kenderaan pelbagai jenis yang telah menjalani pengubahsuaian dipamerkan di dataran tersebut. Kebanyakannya telah menjalani pengubahsuaian major yang telah menukar samasekali terutamanya bentuk hiasan dalaman kenderaan tersebut. 

Hamba percaya bukannya sedikit modal yang telah dikeluarkan oleh tuan-tuan punya kereta ini. Mereka nampaknya bukan sekadar suka-suka bahkan membawa kenderaan mereka memasuki beberapa pertandingan. Kebanyakan kereta yang dipamerkan juga pernah memenangi pertandingan tertentu.

Gambar-gambar yang diambil hamba keluarkan dalam 3 entry memandangkan saiznya yang agak besar.


\














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...