Isnin, 11 Disember 2023

KOMPILASI REMANG 01, AKU DENGAR KAT........


 

Jauh halanya hamba membeli buku ini, nun di Manjung sana. Sambil membawa anak yang bersekolah di Bagan Datuk untuk outing, lalu pula di kedai buku, huh bagai ditarik-tarik untuk masuk ke dalam!

Kompilasi pertama ini menggabungkan tiga buah buku iaitu Aku dengar Kat Hostel Ada.., Aku Dengar Kat Rumah Ada. dan Aku Dengar Kat Sekolah Ada.. Jadi berdasarkan tajuk-tajuk ini jelas bahawa kisah yang disampaikan kesemuanya adalah berbentuk seram. Sebagai hadiah bonus keluaran ini, penerbit telah memuatkan 16 mukasurat komik yang dipetik daripada buku Aku dengar Kat Korea..bertajuk Hantu Air.

Secara keseluruhan kompilasi ini memuatkan sebanyak 24 buah komik dan 7 buah cerpen. Hamba baca kompilasi ini sambil menemankan anak yang menyertai tournament bola sepak pada Sabtu lepas. Diam tak diam habis komik tebal ini hamba baca.

Ada lima orang pelukis yang terlibat dalam keseluruhan kompilasi ini dan kesemuanya adalah berbangsa Cina. Justeru hamba melihat dari sudut penceritaan dan idea ia adalah menjurus mengenai alam mistik melalui kaca mata masyarakat Tionghua. Jadi jangan harap akan berjumpa dnegan sebarang tok alim atau ustaz yang membaca ruqyah atau sebarang nasihat agama. Berlapang dadalah membacanya hanya untuk sedikit hiburan ringan buat mengisi masa lapang di samping melihat stroke lukisan pelukis bagi mereka yang mendalami seni lukis serta mempelajari tentang cara pengolahan idea dan jalan cerita.

Ok?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NONI - Abdullah Hussain

  Buku ini agak buruk keadaannya. Ia adalah sebuah buku lupus daripada perpustakaan. Hamba belinya daripada seorang penjual buku terpakai di...