Isnin, 12 Februari 2018

DIALOG KECIL PYANHABIB



Buku ini hamba beli sendiri daripada tangan Pyanhabib. Ia merupakan koleksi tulisan beliau daripada dua ruangan yang pernah beliau kelolakan iaitu Dialog Kecil dan Teruskan Saja, Bib. Dialog kecil merupakan himpunan temuramah beliau dengan kelompok yang rata-ratanya terdiri daripada orang seni seperti penulis, pemuisi, pelukis, kartunis dan penyanyi lagu-lagu puisi (sudah tentunya Kopratasa!!). Justeru pandangan yang dilahirkan merupakan situasi yang berlaku di sekitar akhir 70an dan juga 80an. Di mana ada di kalangan mereka yang ditemuramah pada masa itu tergolong di kalangan orang muda namun pada hari ini mereka semuanya sudahpun memasuki era super senior. Begitu juga dengan set-set soalan yang dikemukakan yang rata-ratanya hampir serupa seperti pandangan terhadap penulis muda yang suka menulis puisi, pandangan terhadap TEMA yang dikatakan tidak berbuat apa-apa, kelesuan dunia teater dan lain-lain.

Tulisan dalam Teruskan saja, Bib dikemukakan sebagai bonus dalam buku ini. Ia merupakan himpunan tulisan Pyan di dalam majalah Mastika. Pada awal penulisan ia banyak menayangkan tentang kehidupan Pyan sendiri. Sebenarnya hamba kagum dengan diri Pyan. Walaupun hidup dalam dunia yang 'sepi' tetapi beliau tidak pernah menganggap itu sebagai satu kekurangan. Datang ke Kuala Lumpur dengan penuh keberanian (suka diberitahu kepada golongan muda hari ini bahawa ketika itu belum ada internet yang boleh menyediakan maklumat sesuatu tempat kepada kita). Beliau berani mengambil keputusan demi masa depan. Kegigihan beliau bekerja sambil belajar di sekolah swasta amatlah hamba kagumi. Lebih-lebih lagi pendapatan yang beliau perolehi tersebut tidaklah seberapa dan belanja untuk belajar itu lebih banyak menagih wang.

Namun selepas itu tulisan-tulisan beliau kembali ke dunia sastera semula namun lebih enak dibaca berbanding temuramah-temuramah dalam Dialog Kecil kerana ini adalah dari hati Pyan sendiri berbanding Dialog Kecil yang hanya soalannya sahaja daripada Pyan manakala jawapannya adalah pandangan orang lain. Membaca tulisan Pyan lebih seronok lagi.

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...