Isnin, 30 April 2018

DI HUJUNG MUNCUNG MESINGAN




Sekilas membaca tajuknya tentunya bakal pembaca membayangkan bahawa travelog ini penuh dengan cabaran dan rintangan. Setidak-tidaknya ada ketika penulis memang diacukan mesingan. Namun usahlah hampa jika apa yang difikirkan itu tidak berlaku sama sekali.

Penulis melakukan satu perjalanan yang agak merbahaya ke kawasan bergolak di Pulau Mindanao. Ketika itu pulau ini sedang dalam peringkat menuju keamanan setelah perjanjian ditandatangani di antara pihak kerajaan dan para pejuang. Merbahaya kerana keamanan belum terjamin seratus peratus. Kejadian penculikan masih berlaku apatah lagi pembunuhan. Namun hamba percaya penulis agak beruntung kerana banyak mendapat bantuan khususnya daripada diplomat kita yang berada di sana walaupun perancangan awal beliau untuk bersama orang tempatan terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan.

Justeru keberadaan bersama wakil kerajaan Malaysia berkenaan telah mengurangkan sedikit suasana bahaya terhadap penulis. Namun penulis terasa getirnya pada beberapa keadaan khususnya apabila bermusafir sendirian menaiki bas, berjalan sendirian di sekitar Barangay Artiaga Mabini serta apabila terpaksa menunggu buat beberapa lama sebaik tiba di Cotabato dari Davao sebelum dijemput pasukan IMT.

Hamba dapat merasakan betapa berharganya pengalaman penulis apatah lagi berhasil bermusafir seorang diri dengan maklumat yang agak terhad, serta berada di akwasan yang merbahaya. Namun skill penulisan beliau sebenarnya tidak berapa memberikan rasa suspen dan cemas itu ke dada pembaca sehingga hamba pada peringkat tertentu terasa seumpama membaca catatan biasa sahaja. Beliau boleh sahaja membangkitkan emosi pembaca khususnya apabila menceritakan tentang kepayahan hidup masyarakat di sana yang serba serbi kekurangan. Namun hamba tidak merasai kesayuan itu.

Tidak terlewat untuk penulis memperbaiki skil penulisannya. Apapun tabik orang Seremban!!

Khamis, 5 April 2018

JIN-TINA - Abdul Rahim Awang



Novel ini bermula dengan babak kematian seorang guru tarian salsa bernama Katrina yang terjatuh dari tingkat 20 studio tariannya. Dari situ pelbagai persoalan timbul sama ada kematian tersebut adalah akibat terjatuh, bunuh diri ataupun terjatuh. Katrina mempunyai dua orang sahabat yang sama mengajar iaitu Mona dan Juanita. Juanita yang merupakan seorang wartawan turut merupakan teman serumah Katrina.

Juanita bertekad untuk mencari penyelesaian misteri kematian Katrina. Dari sini novel ini mula berkembang dengan penghuraian watak-watak serta mitos-mitos berhantu bangunan yang diduduki mereka. Melalui Juanita kita akan dihidangkan beberapa watak lain yang akan menyebabkan kita berteka teki tentang siapa pembunuh sebenar Katrina. Hamba sendiri tidak terlepas daripada permainan teka teki ini dan tekaan hamba ternyata tepat apabila pembunuh sebenar diterangkan pada bab yang terakhir.

Novel Jin-Nita bersifat straight forward, pembaca dapat memahaminya dengan mudah tanpa adanya jargon jargon yang kadangkala boleh mengelirukan pembaca. Abdul Rahim Awang memang sesuai dengan genre sebegini. Amatlah malang sekiranya pembaca generasi baru hari ini tidak pernah membaca mana-mana karya beliau. Jin-Tina merupakan novel pertama beliau setelah bertahun-tahun menyepi. Namun bisa tulisannya tetap seperti dulu.

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...