Kubu ini berkeluasan 20 ekar. Bagi memudahkan pengunjung,
lantai laluan ditandakan dengan anak panah dan pengunjung hanya perlu mengikuti
laluan anak panah tersebut sehingga ke akhir perjalanan. Terdapat satu batu
yang berukir tarikh yang dipercayai salah satu laluan tersebut siap dibina. Ia
tercatat pada 17-8-35, iaitu kira-kira 79 tahu yang lalu. Pengunjung akan
melalui beberapa kawasan kubu pertahanan, kawasan bawah tanah tempat menyimpan
senjata dan alat letupan, tapak meriam, berek, terowong dan lain-lain lagi.
Hamba tak berkesempatan untuk cuba melalui terowong yang ada. Terdapat juga
beberapa kubur yang dipercayai milik tentera British dan Jepun. Hamba percaya sewaktu
dijumpai tentunya ada banyak senjata seperti senapang, meriam, bom dan
lain-lain senjata turut dijumpai. Adakah senjata-senjata berkenaan telah
diserahkan kepada pihak berkuasa, walLahu aalam, hamba tidak ada jawapannya.
.jpg) |
Beberapa peralatan asal yang dijumpai di tapak kubu ini. |
Dalam salah sebuah berek terdapat satu boneka yang digantung bagi
membayangkan bahawa tempat itu pernah dijadikan kawasan penembakan tentera yang
ditawan. Beberapa lubang kesan peluru jelas kelihatan pada dinding dan siling
bilik tersebut. Beberapa bilik turut diletakkan beberapa bahan pameran seperti
gambar lama, senjata peninggalan Jepun
serta barang-barang yang dijumpai di tapak kubu tersebut. Di kawasan
hadapan pintu masuk terdapat satu wakaf yang pernah digunakan oleh General
Yamashita untuk berehat. Terdapat satu gambar beliau yang sedang berehat di
pondok tersebut tergantung di tempat berkenaan.
.jpg)
Kawasan kubu ini juga turut dijadikan kawasan permainan
paint ball serta penerokaan pada waktu malam. Terdapat beberapa patung hantu
yang digantung di beberapa kawasan seperti di atas pokok dan di beberapa buah
berek. Hamba tidak tahu kenapa unsur-unsur tahyul dan fantasi ini diterapkan
oleh pemilik kawasan ini. Beliau seolah mencampurkan unsur fakta dan tahyul.
Walaupun kawasan ini dianggap sebagai keras oleh beberapa pihak, perbuatan
meletakkan patung-patung hantu berkenaan adalah tidak wajar. Patung-patung
hantu sebegitu layak berada di tapak funfair sahaja.
Walaupun kawasan kubu ini luas dan dikelilingi dengan
pengawalan yang ketat, ia akhirnya jatuh jua ke tangan Jepun. Jepun seterusnya
menggunakan kubu berkenaan sehinggalah apabila Amerika mengebom Hiroshima dan
Nagasaki yang memaksa mereka menyerah kalah. Jika tidak berkemungkinan kita
pada hari ini masih lagi makan penampar Jepun…..
 |
This is absolutely not a Hard Rock Cafe!! |
.jpg) |
Tandas hanya menggunakan tong yang perlu diangkut untuk dibuang apabila telah digunakan. Sistem sebegini turut digunakan oleh bangunan lama yang dibina sebelum perang dahulu. Satu ketika dahulu juga pernah wujud jawatan pengangku najis ini. Dan hamba mendapati elaun pengangkut najis masih lagi wujud dalam senarai elaun kakitangan awam sehingga ke hari ini. Mungkin masih ada PBT yang mempunyai pekerja yang melakukan perkerjaan sedemikian. |