Sabtu, 20 Mac 2021
KOLEKSI TERPILIH SASTERAWAN NEGARA KERIS MAS
Ahad, 14 Mac 2021
UJANG & APO BUMPER NEW-STALGIA PKP 2021
Khamis, 4 Mac 2021
ANAK TANJUNG - Noordin Hassan
Hamba jarang, atau boleh dikatakan hampir tiada membaca naskhah bergenre drama. Naskhah penuh genre ini mungkin bahan bacaan sewaktu kelas sastera di sekolah menengah dahulu. Selepas itu, genre ini mungkin hamba baca setakat fragmen-fragmen ringkas di dalam mana-mana buku.
Sasterawan Negara Noordin Hassan adalah orangnya dalam bidang ini. Namun inilah kali pertama hamba membaca karya beliau. Buku ini nampak tebal tetapi sebenarnya ia ringkas sahaja. Selain daripada naskhah drama Anak Tanjung, ia ditebalkan oleh pengenalan umum oleh penyelenggaranya Profesor Madya Dr. Solehah Ishak, wawancara dengan Noordin Hassan serta terjemahan ke dalam bahasa Inggeris untuk semua perkara yang disebutkan tadi. Wawancara serta terjemahan turut dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Solehah Ishak. Jika tidak, naskhah drama ini hanya setebal 112 mukasurat sahaja.
Hamba jarang membaca genre sebegini kerana drama lebih seronok untuk ditonton dan bukan dibaca skripnya. Membaca skripnya, otak anda perlu bekerja keras untuk menterjemahkan visual serta cara pengucapan watak-wataknya. Sekiranya di dalam novel, pengarang biasanya akan menerangkan tentang pergerakan sesuatu watak, memek mukanya, emosi wataknya dan lain-lain lagi. Tetapi membaca skrip drama anda tidak akan memperolehi semua itu. Imaginasi anda berdasarkan skrip yang dibaca akan menentukan seronok atau tidaknya naskhah berkenaan.
Drama anak tanjung adalah sebuah drama di dalam drama. Bahkan drama di dalam drama inilah yang mengambil hampir 80% penceritaan. Apa yang dimasudkan drama di dalam drama ini ialah adanya satu watak seorang gadis universiti bernama Siti yang melakukan program Bakti Siswa di sebuah kampung, di mana Siti memilih untuk melakukan persembahan drama. Persembahan drama Siti adalah berkaitan dengan zaman penjajahan iaitu zaman Inggeris, diikuti Jepun, Bintang Tiga dan kedatangan Inggeris kembali. Ia memaparkan perjuangan beberapa individu untuk memartabatkan bangsanya. Kisah zaman penjajahan tidak akan lengkap tanpa watak-watak individu sebagai pengkhianat bangsa serta mereka yang tamak haloba serta mempunyai sifat dengki sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai matlamatnya. Kisah drama Siti ini cuba dikaitkan pengarang dengan babak kisah semasa tentang ajaran sesat Qadiri Petala Tujuh yang dibawa oleh watak Qadir.
Nota : Buku ini dipinjam dari perpustakaan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh.
PENGABDI TELAGA UNGKAR - Maria Kajiwa
Buku ini adalah yang pertama hamba baca setelah menamatkan kursus selama sebulan di INTAN. Selama berkursus hamba mnemang tak berkesempata...
-
Blues Untuk Aku, sebuah kisah yang penamatnya menjadi misteri buat pembacanya. Hanya penulis dan pelukisnya sahaja yang tahu akan kesudaha...
-
Pertama kali membacanya adalah semasa zaman sekolah hampir 30 tahun yang lalu. Hamba membacanya sekali lagi kerana tahu bahawa novel ini s...
-
Novel ini dikatakan pernah menjadi novel terlaris pada zamannya. Dikatakan juga novel ini kini boleh dijual dengan harga yang lebih ting...