Isnin, 11 Jun 2018

HINGGA HUJUNG WAKTU - Saidee Nor Azam

Membaca sinopsis yang berada di belakang buku, pembaca tentunya merasakan bahawa novel ini merupakan sebuah naskhah seram. Lebih-lebih lagi penulisnya banyak menghasilkan karya yang sedemikian. Secara keseluruhan, ia bukanlah berunsur seram. Elemen seram itu menang ada pada beberapa bab awal tetapi seiring dengan berjalannya novel, kita akan dapat merasakan bahawa ia lebih kepada sebuah kisah jenayah atau penyiasatan yang disulami dengan elemen jiwang karat.

Kebanyakan watak boleh dikatakan ada perkaitan. Irfan jatuh hati dengan Ayu Aleya, Ayu Aleya merupakan perempuan simpanan Datuk Osman, Datuk Osman pula merupakan bapa saudara Irfan, Irfan bersahabat baik dengan Zulkefli, Zulkefli pula menjadi pemandu serta orang suruhan Datuk Osman dan lain-lain lagi.

Pokok utama cerita ialah berkenaan kehilangan/pembunuhan Ayu Aleya serta siapakah yang melakukan pembunuhan tersebut. Tidak sukar untuk hamba meneka bahawa jam antik misteri yang menjerit pada setiap jam 12 malam pada malam Jumaat berkait dengan watak tersebut. Bahkan apabila ditemui rangka mayat di dalam jam tersebut juga hamba boleh mengagak siapa dia. Sebenarnya tanda tanya pembunuhan serta siapa pembunuhnya begitu cepat dijawab oleh penulis, hanya sekitar 100 mukasurat yang pertama. Ini menyebabkan pembacaan bagi baki 500 mukasurat seterusnya hamba sudah hilang keseronokan untuk berteka teki. Teka teki tentang siapa yang menyebabkan watak Rafizah terbunuh juga tidak sukar untuk diteka apabila penulis mudah memberikan hint berupa pemetik api berjenama zippo milik Zulkefli.

Walau bagaimanapun kesemua persoalan yang timbul di minda pembaca dapat dijawab oleh penulis. Dalam hal ini hampir kesemua jawapan ditimbulkan dalam babak-bakak imbas semula atau flashback. Cuma imbas semula ini terlalu banyak dan ada kalanya babak yang ditimbulkan dirasakan tidak perlu dan tidak menjejaskan cerita. Ia semata -mata hanya untuk memanjangkan cerita sahaja.

Watak Zulkefli merupakan crook utamanya. Walaupun bersahabat baik dengan Irfan, beliaulah yang bertanggungjawab membunuh Ayu Aleya. Bersifat umpama talam dua muka, beliau berlagak baik di hadapan tetapi hakikatnya beliau banyak menimbulkan permasalahan. Namun satu sikap positif beliau adalah berpegang kepada janji kepada diri sendiri untuk melindungi Irfan. Semuanya gara-gara mahu menebus kesalahan beliau pada masa lalu yang telah menyebabkan kematian ibu bapa Irfan dalam sebuah kemalangan.

Pengakhiran cerita menunjukkan Irfan dan Ayu Aleya bebahagia di 'alam yang satu lagi' jelas bukan sahaja di luar batas pemikiran manusia bahkan tiada dalam agama sama sekali. Walaupun sekadar hiburan tetapi.........hmmm malas nak tulis nanti ada yang sentap macam seorang penulis yang pernah hamba komen sebelum ini.....


PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...