Jumaat, 27 Disember 2019

SAIFUDIN JALIS - Ramlee Awang Murshid



Sebuah lagi novel yang diterbitkan sendiri oleh penulisnya. Ia menyambung kembali kisah kembara Laksamana Sunan ataupun nama sebenarnya Saifudin Jalis.


Selembar warkah dari seorang puteri Asahan yang memaklumkan keadaan kacau bilau di sana telah membuatkan Wali Sufi mengutus Saifudin untuk melakukan siasatan. Kekacauan yang digambarkan adalah mengenai perebutan kuasa, tuntutan hak sebagai pemerintah serta perang saudara. Ia turut disulami dengan gangguan sejenis makhluk jadian yang melakukan pembunuhan dengan buas. Dalam konteks novel ini hanya Laksamana Sunan sahaja yang mampu berhadapan dengannya. 

Seperti kelaziman dalam novel-novel penulis yang sebelumnya, cara penulisan RAM akan membuatkan pembaca berteka teki akan siapakah dalang di sebalik semua permasalahan ini. Agak seronok berteka teki kali ini. dengan beberapa watak yang kelihatan signifikan serta menjadikan cerita bersimpang siur menyebabkan pembaca akan merasakan setiap watak mempunyai kecenderungan untuk menjadi dalang.

Walau bagaimanapun hamba merasakan satu watak yang muncul agak awal iaitu Narimayong tentunya mempunyai hubung kait dalam permasalahan ini. Ini kerana hamba percaya RAM tidak akan mewujudkan sesuatu watak tanpa sebab. Mungkin pembaca akan mengabaikan watak ini memandangkan kemunculannya hanya di awal cerita kemudian terus senyap sehinggalah muncul semula di akhir bab. Siapa beliau? Anda perlu membacanya sendiri.

Namun di akhir bab muncul pula satu watak daripada novel Anding Ayangan. Adakah RAM akan melibatkan Laksamana Sunan dalam pengkisahan Anding Ayangan pula? Bahkan negeri Asahan yang telah aman dan dipimpin oleh seorang ratu pula berhasrat untuk menyerang Asahan. Nampaknya kisah Laksamana Sunan masih banyak sambungannya. Ini semua bakal menuntut ongkos daripada pembaca!!


Nota - Buku ini dipinjam daripada saudari Zalilyani Khadijah. Dah mula malas beli novel RAM....






5 ulasan:

  1. Balasan
    1. saudara perlu ke FB penulisnya sendiri atau FB Kelab RAM bagi mendapatkan novel ini.

      Padam
  2. Saya sangka ceritanya habis di Cinta Nan Sakti. dalam berkira2 menambah koleksi siri Sunan ni, tak sangka ada lagi selepas Cinta Nan Sakti tu. Penulis dan peminat siri ni sama2 susah nak melepaskan Sunan nampaknya.

    BalasPadam

PODCAST - Naim Tamdjis

  Kalau diperhatikan tahun ini agak kurang bahan bacaan yang dapat hamba baca dan buat ulasannya di blog ini. Sejak bertukar tempat kerja pa...